Program Nadipreneur & Empowerher Live Webinar 21 & 22 (Pemasaran & Operasi Perniagaan) Sesi June 2026
12 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 11 Jun 2026, Khamis – NADI Bengoh telah menganjurkan penyertaan komuniti setempat dalam program NADIPRENEUR & EMPOWERHER Live Webinar 21 & 22 (Pemasaran & Operasi Perniagaan) yang berlangsung secara dalam talian pada 11 Jun 2026 (Khamis) dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini telah disertai oleh dua orang peserta daripada komuniti tempatan yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang keusahawanan.
Sesi pertama bertajuk Pemasaran telah berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi dan dikendalikan oleh Rozita Halina. Dalam sesi tersebut, peserta didedahkan kepada pelbagai strategi pemasaran yang berkesan bagi membantu usahawan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih efektif, khususnya melalui platform digital yang semakin penting dalam dunia perniagaan masa kini.
Sesi kedua pula bertajuk Operasi Perniagaan telah diadakan dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disampaikan oleh Muhamad Syaamil Abdul Razak. Peserta diberikan pendedahan mengenai aspek pengurusan operasi perniagaan yang sistematik, termasuk pengurusan sumber, perancangan operasi, dan langkah-langkah meningkatkan kecekapan dalam menjalankan perniagaan.
Program yang dikendalikan oleh SSO Usahawan ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran usahawan komuniti agar lebih bersedia menghadapi cabaran perniagaan serta mampu meningkatkan daya saing dalam pasaran. Para peserta memberikan maklum balas yang positif dan berharap lebih banyak program keusahawanan seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.
Melalui inisiatif seperti NADIPRENEUR & EMPOWERHER, NADI Bengoh terus komited dalam menyokong pembangunan usahawan tempatan melalui penyediaan latihan, perkongsian ilmu dan peluang pembelajaran berterusan kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: